Kemalangan yang berlaku telah meragut ribuan nyawa setiap tahun. Laporan kemalangan dari tahun 2000 hingga tahun 2009 adalah seperti di dalam jadual dibawah.
Jumlah kemalangan bagi tahun 2009 adalah 397,194 kemalangan. Analisis data kemalangan menunjukkan kemalangan berlaku setiap 1 minit 19 saat. Manakala kemalangan maut berlaku setiap 85 minit, kemalangan parah setiap 76 minit serta kemalangan ringan setiap 44 minit. Kematian disebabkan oleh kemalangan boleh ditakrifkan setiap 80 minit, kecederaan parah setiap 60 minit dan kecederaan berlaku setiap 33 minit. Walaubagaimanapun, sekiranya dikira dari segi kenderaan berdaftar nisbah kematian per 10 ribu kenderaan berdaftar menunjukkan penurunan. Tetapi ini memuaskan hati kepada agensi – agensi yang terlibat? Adakah pengguna jalan raya merasa selamat?
Kemalangan berdasarkan negeri bagi tahun 2008 dan 2009
Kemalangan mengikut pecahan kenderaan bagi tahun 2005 hingga 2009
sumber: JKJR Malaysia