|
Anda Disini : LAMAN UTAMA / Berita
Workshop on Traffic Safety Facilities Dikemaskini : admin Tarikh Kemaskini : Workshop on Traffic Safety Facilities pada 19 – 21 Oktober 2011 di Cherengin Hills Convention & Spa Resort, Janda Baik, Pahang
Keselamatan jalan raya sering menjadi isu kepada JKR terutama sekali pihak JKR Daerah dan Negeri. Sebagai penyelesaian, pelbagai kaedah atau perabut jalan akan dicadangkan untuk digunapakai bagi mempertingkatkan tahap keselamatan jalan bagi sesuatu tempat. Kebiasaannya kaedah atau perabut jalan yang hendak digunakan akan merujuk kepada Arahan Teknik Jalan atau dokumen teknikal yang sediada. Bagaimanapun adakalanya kaedah penggunaan perabut jalan berkenaan tidak terdapat dalam dokumen tersebut ataupun jika adapun mungkin tidak memberi penerangan yang jelas dan mencukupi.
Maka dengan itu bagi memperjelaskan perkara berkenaan adalah didapati perlu disediakan satu rujukan khusus yang memberi fokus kepada penggunaan kaedah-kaedah dan perabut-perabut jalan yang berkaitan dengan keselamatan jalan raya.
Lanjutan dari itu, Bahagian Keselamatan Jalan dengan kerjasama Bahagian kejuruteraan jalan, Cawangan Kejuruteraan Jalan & Geoteknik dan pihak JKR Daerah mengambil inisiatif untuk menghasilkan satu buku rujukan khusus untuk keselamatan jalan raya yang bertajuk ‘Manual on Traffic Safety facilities’ untuk dijadikan panduan kepada pegawai-pegawai JKR yang terbabit dalam bidang jalan raya di semua peringkat.
Bengkel yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini telah disertai oleh 20 orang pegawai dan kakitangan Bahagian Keselamatan Jalan dan 5 orang wakil dari Bahagian Kejuruteraan Jalan. Bengkel ini juga turuti disertai oleh 2 orang wakil dari JKR Daerah Hulu Perak dan JKR Pulau Pinang. Peserta bengkel telah dibahagikan kepada 5 kumpulan dan sebanyak 28 topik dibawah tajuk kaedah memperlahankan halaju kenderaan, kemudahan keselamatan kenderaan bermotor dan juga kemudahan keselamatan pejalan kaki telah dibentangkan dan pelbagai isu berkaitan kaedah-kaedah dan kriteria penggunaan pelbagai perabut jalan dibincangkan.
Hasil daripada bengkel ini, satu buku rujukan khusus untuk keselamatan jalan raya yang bertajuk ‘Manual on Traffic Safety Facilities’ yang akan menjadi panduan kepada pegawai-pegawai JKR yang terbabit dalam bidang jalan raya di semua peringkat dirancang untuk diterbitkan pada tahun 2012 kelak.
|
|
|||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||
|